CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 4 August 2011

FSKTM ,SSP Cyberjaya anjur seminar tingkat kemahiran ICT


CYBERJAYA, 29 Jun – Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknolgi Maklumat (FSKTM) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Seminar ICT di Sekolah Seri Puteri (SSP) iaitu sekolah kluster UPM (sekolah angkat) untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi maklumat.

Ketua Jabatan Sains Komputer FSKTM, Dr. Lilly Suriani Affendey berkata usaha itu dapat memberi pendedahan tentang etika dan keselamatan penggunaan media rangkaian sosial. 
“SSP dipilih kerana statusnya sebagai Sekolah Kecemerlangan Kluster (SKK) UPM dalam program kesedaran teknologi maklumat selain merapatkan jaringan di antara pihak universiti dan komuniti luar,” katanya.

Aktiviti dalam seminar ICT itu ialah “Etika Penggunaan Internet” oleh Dr. Fatimah Sidi dan “Keselamatan Penggunaan Internet” oleh Dr. Mohd. Taufik Abdullah.

Sementara itu, Penolong Kanan SSP, Umi Nafisah Md Sirat berkata penglibatan universiti menjalinkan hubungan dengan pihak sekolah amat bersesuaian pada masa kini selari dengan objektif SSP iaitu sekolah berprestij tinggi. 

“Diharapkan, program ini akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa dan bukan sahaja melibatkan FSKTM sahaja tetapi dengan semua fakulti di UPM,” katanya. 




Universiti Putra Malaysia





No comments:

Post a Comment